Back to Top

Your MAA Takaful Consultant

There was an error in this gadget

Pelan Medical Card Terbaik 2016

Pening mencari Pelan Medical Card Terbaik? Memang benar, terlalu banyak pelan medical card sama ada insurans konvensional atau takaful....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Search This Blog

Daftar email anda di sini

Ceritera di sini

A Theme For

Pelan Medical Card Terbaik 2016


Pening mencari Pelan Medical Card Terbaik?

Memang benar, terlalu banyak pelan medical card sama ada insurans konvensional atau takaful. Lagi pening bila melibatkan premium yang perlu di bayar dalam masa yang sama perlu memikirkan coverage yang disediakan bersama medical card.

Perkenalkan satu medical card the best in market sekarang ini, iaitu Medica 2015 dari MAA Takaful.


Baik, sekarang saya akan jelaskan kenapa Medica 2015 ini merupakan medical card terbaik yang perlu anda miliki. Ya, PERLU untuk anda miliki kerana medical card kini merupakan satu keperluan.


Berikut merupakan 10 kepentingan Medica 2015 yang membezakannya dengan medical card dari syarikat lain:

1. 20% diskaun untuk tahun berikutnya jika tiada tuntutan
2. Pembaharuan DIJAMIN sehingga umur 80 tahun. Guaranty renew.
3. Tiada had seumur hidup.
4. Rwatan kanser dan dialisis buah pinggang seperti yang dicaj oleh pihak hospital.
5. Tiada ko-takaful
6. Terdapat 6 pelan komprehensif mengikut kesesuaian serta keperluan para pelanggan.
7. Pendapat perubatan kedua.
8. Bantuan perubatan antarabangsa.
9. RM5,000 manfaat khairat kematian.
10. Lebih 90 hospital panel di seluruh negara.

Nah, sekarang pasti timbul persoalan adakah medical card ini mahal?


Jangan risau, antara sebab kenapa Medica 2015 ini terbaik, adalah disebabkan harganya yang murah.
Jangan tunggu lagi, ambil fon anda..

Whatsapp saya segera:
Nyatakan nama, umur serta tinggal di mana
hantar ke 0132850640

Ya, sangat mudah, Whatsapp saya segera, insyaAllah saya akan bantu anda untuk dapatkan penerangan lebih lanjut.

Whatsapp nama, umur serta tempat tinggal
dan hantar ke 0132850640


Sekian,
Shuhaimie Razak
Whatsapp - 0132850640

Bicara Takaful

Lama tidak update blog ini. Terdetik untuk update blog ini apabila 'diketuk' oleh seorang senior dalam bidang takaful.

Senior        : 'Shuhaimie, kita ini lebih hebat dari Superman, Batman atau mana-mana superhero.'

Shuhaimie : 'Kenapa pulak? Bukan orang lihat kita ni mcm hantu raya ke dalam bidang takaful? Nampak je mesti lari.. (sambil tersenyum..) :-) '

Senior        : 'Hahaha.. Superhero selalu datang tolong bila orang minta tolong.. Tapi ejen takaful ni dari awal lagi da bagi pertolongan dari segi perancangan kewangan, perlindungan kesihatan, pendidikan anak-anak dan sebagainya..  Biarkan mereka nak lari. Untuk berjaya, banyak yang kita kene korbankan.. Hidup kita kene ada misi. Kalau Shuhaimie nak bantu orang, ini lah bidang nya. Shuhaimie bagi taw Abg, saat berlaku kematian, siapa yang datang bagi cek pampasan? Siapa yang hulurkan sumber kewangan setelah pemergian ahli keluarga? Siapa yang bantu ibu bapa rancang pendidikan anak-anak? Siapa yang bantu orang bagi menghadapi kos perubatan? Siapa yang bantu ketua keluarga memastikan kewangan isteri dan anak-anak terjamin setelah pemergiannya?

Shuhaimie : 'Saya faham bang... Emm tapi bang, ramai yang xde kesedaran tentang takaful ni.. kadang-kadang, x bg peluang pon..'

Senior       : 'Ini lah indahnya bidang takaful.. Inilah jihad takaful.. Shuhaimie kene ingat, misi kita bukan sahaja nak tolong orang, tapi nak sebarkan bahawa ada sistem takaful dalam Islam yang mana mengatasi kelemahan-kelemahan sistem insurans konvensional.. Siapa yang lebih faham berkenaan takaful selain dari ejen itu sendiri? Tanggungjawab tu akan dipersoalkan nanti kalau Shuhaimie x berkongsi dengan masyarakat.. Shuhaimie kene tanam dalam diri, niat untuk berkongsi ilmu yang Shuhaimie dapat.. Tunjukkan bagaimana takaful ni dapat bantu masyarakat... Terangkan pada masyarakat, insyaAllah urusan dipermudahkan.. Abg doakan Shuhaimie berjaya..'

Shuhaimie  : 'InsyaAllah bang. Terima kasih atas nasihat..'


Next entry, saya akan kongsikan bagaimana pelan Takaful dari MAA Takaful dapat melindungi anda dari meninggalkan hutang setelah pemergian anda dari dunia ini. Ingat, hutang boleh menjadi penghalang manusia untuk masuk ke syurga. Sama-samalah kita berdoa semoga ada ruang untuk kita ditempatkan bersama-sama orang-orang yang bertaqwa. InsyaAllah.



Shuhaimie - +60132850640
MAA Takaful Consultant

Bagaimana untuk sediakan harta secukupnya kepada insan tersayang?

Menyediakan harta secukupnya kepada insan tersayang. Satu ayat yang mudah untuk dituturkan, tapi bagaimana untuk kita lakukan?

Rata-rata rakyat Malaysia akan lakukan:
- simpanan ASB
- unit trust
- simpanan Tabung Haji
- simpanan KWSP


Persoalannya, adakah simpanan ini cukup untuk diri kita dan keluarga kita pada masa akan datang?

Adakah jika Tuhan uji kita semalam dengan penyakit berbahaya, kematian atau hilang upaya, kita sudah ada persiapan secukupnya dari segi kewangan?


Mari kita buat sedikit kira-kira untuk lebih jelas.
Katakan kita buat simpanan ASB RM500 sebulan.

Dalam masa setahun,        RM500 x 12 = RM 6,000
Dalam masa 10 tahun,      RM 6000 x 10 = RM60,000
Katakan dividen setahun = 6%
Selepas 10 tahun, simpanan kita termasuk dividen = RM 83,829.93

Sekiranya berlaku sesuatu pada diri kita, cukupkah kita sediakan RM 83,829.93 kepada ibu bapa kita, anak-anak kita?

Ya, RM 83,829.93 nilainya nampak banyak.

RM 83829.93 / 10 tahun = RM8382.99 setahun
RM 8382.99 / 12 bulan = RM698.58 sebulan

Sedarkah kita dengan nilai RM 83,829.93, kita hanya tinggalkan RM 698.58 sebulan untuk tempoh 10 tahun kepada keluarga kita?

Bagaimana urusan perbelanjaan anak-anak kita? Tidak mahukah kita untuk terus beri wang kepada ibu bapa kita setiap bulan?


Di MAA Takaful, kami menghargai tanggungjawab kewangan kami terhadap anda, ketika anda amat memerlukannya.

MAA Takaful mampu melindungi pendapatan anda sekiranya anda:
- menghidapi penyakit berbahaya
- hilang upaya kekal
- kematian

Anda ingin terus beri wang kepada ibu bapa walaupun setelah anda tidak mampu bekerja atau anda telah tiada?

Anda ingin terus menampung perbelanjaan keluarga walaupun sudah tidak mampu bekerja atau anda telah tiada?

Anda ingin pastikan keluarga tidak menghadapi masalah kewangan sekiranya anda telah tiada?


MAA Takaful ada penyelesaian kepada persoalan-persoalan anda. Untuk lebih meyakinkan anda, MAA Takaful merupakan pengendali takaful yang berada di bawah pengurusan Bank Negara Malaysia.

Benarkah MAA Takaful mampu memberi perlindungan kepada pendapatan saya?
Jawapan nya BENAR!!.






Hubungi saya segera untuk informasi yang lebih jelas:
Shuhaimie MAA Takaful
SMS, Whatsapp, Telegram, Dial : 0132850640
Email : shuhaimierazak@gmail.com


Panduan SMS/Whatsapp/Telegram:

Nama<Jarak>MAA Takaful Consultation<Jarak>Pertanyaan

dan hantar ke 0132850640

MAA Takaful : Mempunyai masalah bil hospital yang mahal?

Assalamualaikum,

Entry kali ini ingin membincangkan kenapa perlu ada Medical Card. Sila ikuti persoalan-persoalan di bawah.


1. Ingin mendapatkan rawatan Kelas Pertama (1st class) di hospital swasta tapi mempunyai masalah untuk menjelaskan bil yang mahal?

Dengan Medica 2015, segala masalah bil hospital dapat diselesaikan. Dengan hanya membayar RM900++ setahun (setahun yer, bukan sebulan. Kalau sebulan 900++/12 = tak sampai RM90 pon), anda mempunyai RM 100, 000 setiap tahun untuk menampung kos perbelanjaan hospital swasta yang mahal.




2. Apa kemudahan Medical Card Medica 2015 ni?

Antara kemudahan yang diberikan :
- tiada had tuntutan seumur hidup
- premium tahunan gerenti renew
- tiada co-takaful
- diskaun 20% sekiranya tiada tuntutan
- merupakan premium paling murah dengan kemudahan yang maksimum berbanding syarikat Takaful yang lain
- hanya perlu swipe Medical Card, segala personal info anda akan diperolehi oleh pihak hospital. Segala urusan akan jadi lebih mudah



3. Kenapa perlu pilih MAA Takaful?

- Mendapat pengiktirafan The Most Outstanding Takaful Product 2009-2011
- Mendapat pengiktirafan The Most Outstanding Islamic Retail Product 2012




4. Company sudah cover insurans saya, perlu ke saya ada personal Medical Card?

Pembayaran insurans oleh pihak company anda bekerja hanya selagi anda masih berkhidmat di company tersebut. Boleh anda senaraikan berapa banyak syarikat yang masih lagi MENYIMPAN pekerja yang sudah hilang upaya, yang sudah tidak dapat beri komitmen kerana masalah kesihatan?

Biasanya, company akan bagi pampasan, selepas itu selamat tinggal. Masa ni, siapa nak cover insurans kita? Perlu ingat, syarikat insurans hanya menerima permohonan dari mereka yang masih sihat sahaja.



5. Kenapa saya perlu masuk ke hospital swasta yang mahal tu? Hospital kerajaan kan ada.

Yang ni, saya rasa kebanyakan anda pun tahu servis dan kepakaran Hospital Swasta vs Hospital Kerajaan. Kalau tak tahu detail pun, mesti dah boleh agak. :-)



6. Ye ke bil hospital ni mahal sampai perlu ada perlindungan ratus ribu setahun?

Keratan akhbar ini ada jawapannya.








Sekian untuk entry kali ini.


Ingat, dapatkan perlindungan SEGERA sementara anda masih sihat dan muda. Tiada syarikat insurans yang dapat menerima permohonan insurans anda setelah anda sakit.

Hubungi saya segera untuk consultation:
Shuhaimie MAA Takaful
Whatsapp, Telegram : +6 0132850640
Email : shuhaimierazak@gmail.com

Medical Card : MAA Takaful vs Prudential BSN Takaful vs AIA Takaful

Assalamualaikum,

Semalam time jumpa member dekat area Festival City, ktorang pon borak la pasal kehidupan. Sambil-sambil tu bincang la pasal emas dan Insurans. Kebetulan member saya tu bawa pamplet/brochure pasal Medical Card dari sebuah company insurans. Jadi, saya pon ambil peluang untuk buat perbandingan.


Berikut merupakan hasil perbandingan yang telah saya buat bagi membandingkan 3 produk medical card dari MAA Takaful, Prudential BSN Takaful dan AIA Takaful. Mari sama-sama kita teliti hasil analisa ini. Namun, sebelum itu sekiranya terdapat maklumat yang saya nyatakan di bawah adalah salah, saya ingin memohon maaf dan mohon jasa baik untuk nasihat dan betulkan saya. Ilmu itu milik Allah, dan saya hanya sekadar berkongsi. Di harap semua rakan sekalian dapat berkongsi juga dengan saya juga.


Berikut adalah hasil analisa saya.


1. Sekiranya saya seorang lelaki berumur 30 tahun dan komitmen saya untuk bayar medical card adalah RM90-RM120 sebulan.




Berdasarkan analisa di atas, jelas bahawa MAA Takaful menawarkan lebih banyak benefit dengan nilai premium yang paling murah berbanding Prudential BSN dan AIA. Dengan ini, saya nobatkan Medica 2015 dari MAA Takaful sebagai Medical Card terbaik.




Untuk maklumat lanjut mengenai MAA Takaful insurans atau inginkan konsultansi berkenaan takaful, sila hubungi saya di talian 013-2850640.


Di harap, entry kali ini dapat membantu rakan-rakan di luar sana untuk memilih medical card terbaik untuk pelindungan diri anda. Sekian.

Insurans Takaful vs Konvensional : Seksaan Pemakan Riba

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin kongsi sedikit berkenaan dengan persoalan kewujudan Insurans Takaful ni di Malaysia.

Saya tak nak sentuh bab sejarah penubuhan insurans takaful di Malaysia (mungkin entry akan dtg, insyaAllah) tapi lebih kepada persoalan benarkah dan mengapa.



1. Dulu saya ambil insurans konvensional, tetapi ada sahabat suruh saya ambil insurans Islam. Ada ke system insurans Islam?

Insurans Islam di Malaysia dikenali sebagai takaful. Perubahan yang dibuat terhadap takaful ialah menghapuskan 3 unsur yang terdapat di dalam sistem Insurans konvensional iaitu riba, gharar (keraguan) dan judi.

Terdapat sistem derma (tabarru') dan mudharabah yang digunakan dalam sistem takaful.

Dalam sistem derma atau tabarru' ni, peserta takaful akan bersetuju untuk menderma sebahagian sumbangannya ke dalam satu tabung. Apabila berlaku musibah, duit dari tabung tabarru' akan dikeluarkan untuk bantu peserta yang ditimpa musibah. Kita membayar premium untuk melindungi diri kita, tapi tanpa sedar kita sebenarnya membantu orang lain. Bukankah indah sistem Islam ni?

Sistem mudharabah pula digunakan sebagai asas kontrak berkaitan perkongsian kadar keuntungan berbeza-beza berdasarkan persetujuan antara peserta dan pihak syarikat. Dengan ini, unsur gharar dapat dihapuskan.

Juga, takaful mempunyai majlis pengawasan syariah yang bertanggungjawab menyelia pelaburan syarikat takaful agar melabur di kaunter yang halal bagi mengelakkan berlakunya unsur perjudian dan riba.

Sebab tu saya memilih MAA Takaful yang mana syarikat ini hanya mengusahakan sistem insurans takaful, tiada konvensional.


Seksaan Pemakan Riba

Diriwayatkan dari Samurah bin Jundub, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"malam tadi aku didatangi (mimpi) oleh 2 orang lelaki. Mereka berdua membawa aku ke sebuah tanah suci. Mereka berangkat membawaku hingga sampai ke sebuah sungai darah. Di situ terdapat seorang lelaki sedang berdiri. Di tengah sungai juga terdapat lelaki yang di hadapannya ada sebuah batu. Orang pertama berusaha keluar dari sungai. Tapi apabila ia cuba hendak keluar, mulutnya dilempar dgn batu hingga ia kembali ke dalam sungai tersebut. Demikian lah seterusnya setiap kali ia hendak keluar. Aku bertanya: 'Siapakah lelaki itu?' Lelaki yang bersamaku berkata: 'Itulah orang yg suka memakan riba.'"

Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, org yg memberikannya, jurutulisnya dan saksi kedua belah pihak. Rasulullah SAW menegaskan bahawa semuanya sama saja.


Sekian, semoga semua dapat pencerahan mengapa perlu untuk kita memilih Takaful berbanding insurans konvensional. Bagi yang sudah beralih dr konvensional ke Takaful, Alhamdulillah. Tahniah sy ucapkan. Bagi yg belum, berubahlah sebelum terlambat.

Ramai ingin jadi Entrepreneur, tapi apakah adab yang perlu diikuti?

Ramai rakan-rakan yang ingin menjadi Entrepreneur, termasuk Shuhaimie sendiri. Kenapa? Kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Sembilan per sepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan" (Hadis riwayat Tirmizi).

Alhamdulillah, ramai rakan-rakan mula berniaga, macam-macam produk. Bagus. mari kita sama-sama amalkan sunnah Nabi SAW. Namun, terdapat perkara yang perlu di ambil perhatian oleh para peniaga/Entrepreneur sekalian.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Sesungguhnya para peniaga dibangkitkan pada Hari Kiamat sebagai orang yang jahat melainkan orang yang bertakwa kepada Allah, melakukan kebaikan dan benar" (Hadis riwayat Tirmizi).

Semoga korang yang berniaga serta Shuhaimie sendiri tidak tergolong dari kalangan orang yang jahat seperti yang dimaksudkan. Jadi suka untuk Shuhaimie berkongsi 5 perkara berkenaan adab jual beli yang ada kala nya kita sebagai manusia terlepas pandang. Semoga Allah memberi keberkatan dalam usaha kita untuk mencari rezeki di dunia ini.


1. Dalam urusan jual beli, kadang-kadang peniaga begitu tegas untuk menjual dan pelanggan begitu keras dalam meletakkan syarat. Adakah ini baik?


Islam menganjurkan sikap toleransi antara penjual dan peniaga seperti sabda Nabi Muhammad SAW "Allah merahmati seseorang yang bertoleransi ketika menjual, ketika membeli dan ketika menuntut hutang." (Hadis riwayat Bukhari)


2. Banyak saya lihat peniaga khususnya peniaga kaki lima suka sangat bersumpah dengan nama Allah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Bersumpah itu melariskan barang menghakis keberkatan" (Hadis riwayat Bukhari). Adakah kita mencari keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan keberkatan rezeki yang akan diberikan pada keluarga?


3. Iklan untuk mempromosikan produk.


Iklan tidak menjadi kesalah dalam agama selagi tidak berlaku unsur penipuan. Kalau tidak ada iklan, bagaimana barang hendak diwar-warkan dan dilariskan?


4. Penjual memaksa pembeli untuk membeli.


Ini merupakan suatu bentuk kezaliman. Paksaan berlawanan dengan redha.

Firman Allah -
Maksudnya: "Janganlah kamu makan harta-harta antara kamu dengan cara yang batil melainkan dengan jalan perniagaan berdasarkan redha daripada kamu." (Surah al-Nisa' : 29)


5. Orang Melayu susah maju dalam perniagaan. Ada pula dengan sikap dengki-mendengki.

Sabda Nabi Muhammad SAW "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang kamu melakukan kerja bahawa dia tekun padanya" (Hadis riwayat Baihaqi)

Kaum bukanlah penentu kejayaan untuk maju dalam bisnes, tetapi kerana sikap. Sekiranya amanah, tekun, benar dan sebagainya, InsyaAllah mudah berjaya.


Ada banyak lagi sumber-sumber rujukan yang korang semua boleh rujuk. Ni sedikit je yang Shuhaimie petik dari rujukan Shuhaimie. Diharap membantu diri kita bersama.